Unsur-unsur Drama
Drama terdiri daripada tema , plot, watak, bahasa, dan latar .
Tema ialah isu utama atau persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh penulis skrip drama. Contohnya, kisah politik wang, petani dengan harga getah turun, nelayan dengan laut bergelora dan orang tengah. Selain itu, kes sosial seperti dadah, rasuah dan kisah cinta. Dengan maksud lain, tema ialah falsafah atau mesej yang hendak disampaikan oleh penulis skrip drama. Kebiasaannya tema dipengaruhi oleh aspirasi dan sikap penulis skrip drama itu sendiri.
Plot pula ialah rentetan peristiwa yang disusun bersambungan berdasarkan sebab-musabab. Plot drama berdasarkan sudut gerak aksi dan teknik-teknik dramatik . Plot drama dibangunkan atas dasar konflik .
Watak ialah para pelakon yang menggerakkan plot. Watak amat penting dalam drama kerana ia perlu beraksi, berdialog, bertindak, berfikir, dan berkonflik. Perwatakan dikategorikan kepada pratagonis dan antagonis. Pratagonis ialah watak penting ataupun wira. Antagonis pula ialah watak jahat yang cuba menentang watak pratagonis.
Latar pula ialah gambaran yang tersedia di belakang ruangt atau prop. Tujuannya adalah untuk membantu audiens atau penonton mengetahui tempat, masa, dan menimbulkan suasana yang sebenar. Latar ialah aspek yang menunjukkan plot, perwatakan dan dialog yang menerangkan bila dan di mana sesuatu peristiwa itu terjadi. Dengan menjelaskan aspek tempat dan waktu tersebut, penonton akan dapat menanggap suasana dan ini menolongnya memahami drama yang ditontonnya.
Bahasa pula ialah dialog yang digunakan oleh para pelakon atau watak. Fungsi dialog amatlah besar kerana plot yang hendak ditonjolkan menggunakan dialog. Malahan, watak-watak berkaitan di antara satu sama lain menggunakan dialog. Inilah perbezaan yang besar antara drama dengan genre sastera yang lain. Unsur-unsur lain yang boleh diterima sebagai bahasa drama ialah gerakan atau penambahbaikan. Unsur ini tidak menggunakan dialog sebaliknya menggunakan aksi-aksi sahaja.