Aspek Komsas
1. Pemikiran
Sikap manusia yang lupa asal usul sehingga cenderung melakukan kemungkaran dan menindas golongan lemah
Contoh: Dollah seorang pemuda yang miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat kampung. Dollah berazam untuk menjadi kaya. Selepas hajatnya termakbul, sikap Dolah berubah. Dia sering menindas orang kampung. Dia tidak mempedulikan nasib orang kampung akibat pencemaran najis kuda peliharaannya. Dia juga tidak membenarkan isterinya bergaul dengan penduduk kampung. Dollah menjadi manusia yang lupa daratan.
2. Persoalan
Kritikan
Drama ini sangat menarik. Terdapat banyak nilai dan pengajaran yang dapat diambil. Drama ini menceritakan tentang seseorang yang cacat. Dia dihina dan dicaci masyarakat setempat. Tidak tahan dengan cacian, dia mencari jalan singkat dengan berjumpa dukun. Selepas itu, dia menjadi kaya dan mula lupa akan asal usulnya. Memakai pakaian-pakaian mahal dan memakan makanan mewah sudah menjadi kebiasaan baginya. Namun, nasibnya bagai jatuh ditimpa tangga tidak lama kemudian. Pengajarannya, kita janganlah jadi seperti 'kacang lupakan kulit'. Jangan lupa asal usul, prihatin terhadap orang lain serta tidak menindas orang lain.

- Persoalan sikap masyarakat terhadap golongan miskin dan kurang upaya. Contoh: Masyarakat kampung memandang hina kepada Dollah yang miskin dan capik.
- Persoalan redha dengan ketentuan Illahi. Contoh: Dollah tidak bersyukur dengan anugerah Illahi sehingga sanggup menggunakan dukun supaya nasib dirinya berubah.
- Persoalan mengamalkan kepercayaan karut. Contoh: Dollah menggunakan mayat ibunya untuk mencapai matlamat. Hasil pertolongan jin, Dollah memperoleh harta karun menyebabkan hidupnya berubah selepas itu.
- Persoalan pencemaran sungai menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat. Contoh: Penduduk kampung terpaksa menanggung derita akibat pencemaran sungai yang menjadi punca air kepada mereka.
- Persoalan penindasan terhadap golongan yang lemah. Contoh: Dollah tidak menghiraukan nasib penduduk kampung yang menderita akibat penyakit yang berpunca daripada najis kuda.
- Persoalan ketaqwaan mampu menjadikan hidup lebih berkualiti. Contoh: Intan Siti Rahimah seorang yang beriman dan baik perangainya. Dia sangat disayangi oleh penduduk kampung dan sering berkunjung ke surau di kampungnya.
- Persoalan kekayaan bukan penentu kepada kesejahteraan hidup. Contoh: Dollah dihina oleh masyarakat kampung kerana miskin menyebabkan dia berazam untuk menjadi kaya. Dengan kekayaan itu Dollah menindas penduduk kampung. Akibatnya Dollah kehilangan segala-galanya.
- Menasihati antara satu sama lain supaya jiwa menjadi tenang
- Bersyukur dengan anugerah yang telah diberikan tuhan
- menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar
- Menjaga keluarga dengan penuh kasih sayang supaya hubungan berkekalan
- Jangan kita menghina orang yang lemah dan tidak berkemampuan
- Jangan kita mengamalkan kepercayaan karut untuk mendapatkan jalan singkat