Apa Itu Drama?
Drama merupakan karya kreatif yang unik kerana mengandungi dua aspek iaitu aspek sastera dan aspek teater. Merujuk kepada aspek sastera ia mengandungi cerita dan unsur-unsur karya kreatif seperti pemikiran, plot, watak, bahasa, dan latar. Manakala aspek teater pula drama dilihat sebagai hasil pementasan. Dengan kata lain, skrip drama yang telah ditulis akan dipersembahkan di atas pentas. Drama boleh dikaji menerusi teks dan proses karangannya, proses produksi dan arahannya, persembahan dan khalayaknya, estetika dan pelbagai aspek kehalusan seninya. Dunia ini ibarat sebuah pentas dan kebanyakan antara kita lansung tidak berlatih mahupun bersiap |
Sejarah pertumbuhan drama di Malaysia bermula dengan seni gerak yang juga berkait rapat dengan upacara keagamaan. Semasa diadakan upacara pemujaan , akan diadakan pembacaan jampi serapah disertai dengan tarian dan nyanyian. Seni gerak ini semakin ketara khususnya dalam upacara puja pantai, main puteri, bermain ancak dan sebagainya. Dari situlah munculnya drama tradisional seperti wayang kulit, mak yong dan bangsawan.
|